Tuesday, April 27, 2010

Mulai bulan Mei 2010, blogspot kk umbai akan ditutup dan sila ke facebook kk umbai untuk maklumat lanjut... TQ

Wednesday, March 17, 2010

KELAB PROMAJA













Kelab Promaja KK Umbai dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Jasin telah mengadakan Program Jatidiri Kelab Promaja 2010. Program ini telah diadakan di Agrotourism Hoemstay, Parit Penghulu, Sg Rambai pada 17/3/2010. Seramai 30 ahli Kelab dan Kakitangan telah hadir dan menjalankan aktiviti seperti Explorace dan Ceramah Kesihatan. Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Kesihatan Daerah Jasin Dr Hj Ismail Ali, Urusetia Kursus dan semua yang telibat. Syabas adik-adik, semoga mendapat ilmu yang berguna....

Sunday, March 14, 2010

Mesyuarat KELAB PROMAJA 3/2010


Kelab Promaja telah mengadakan mesyuarat membincangkan aktiviti yang dilakukan pada tahun 2010... Syabas ahli kelab

Saturday, March 6, 2010

Ceramah Mengenai Diabetes (penyakit Kencing Manis)

Satu ceramah mengenai Diabetes (Kencing Manis) akan diadakan pada ketentuan ini:
Tarikh: 27-3-2010 (SABTU)
Masa: 8.30 pagi - 11.00 pg
Tempat: Bilik Seminar, Klinik Kesihatan Umbai.
PERCUMA tapi perlu daftar terlebih dahulu.

Semua dijemput hadir. Pesakit diabetes, ahli keluarga yang menjaga dan mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit ini sila mendaftarkan diri di Pusat Sumber Diabetes. No tel 06-2605610 (SN Shida/ JM Sharmila). TEMPAT ADALAH TERHAD.



Another Gotong Royong Pic

AKTIVITI GOTONG ROYONG


Hari ini Klinik Kesihatan Umbai bersama Panel Penasihat dan Dapur Sihat Sri Umbai bersama-sama bergotong-royong. Kehadiran adalah baik sekali. Aktiviti dimulakan dengan seawal jam 7.30 pg. Senamrobik diadakan untuk mencergaskan badan. Gotong royong dimulakan dengan penerangan ringkas oleh En Azhairy (Unit Bakas).
Aktiviti berakhir jam 11 pgi kerana cuaca yang panas. Insyallah program ini akan diadakan secara berkala.

TERIMA KASIH SEMUA......